Thursday, 23 July 2015
Telur sotong kuantan
Zaman sekarang semua benda serba serbi mudah. Anda sudah tidak perlu menunggu musim sotong bertelur. Anda sudah tidak perlu pergi membuang masa memilih sotong yang ada telur dalam perutnya di pasar.
Jika anda inginkan telur sotong, beli terus sahaja dari kami. Murah, sedap, fresh dan cepat... Hanya RM30 sekilogram dan penghantaran disediakan.
Tunggu apa lagi tuan puan. Pelbagaikan juadah anda hari ini dengan menu resepi masakan telur sotong kami. Pelbagai resepi boleh didapati di intenet....
Hubungi kami ya....
Telur sotong kuantan
TELUR SOTONG MASAK SAMBAL
Bahan2
500 gm Telur sotong
Segenggam Cili mesin
1 labu bawang besar...
Air asam jawa
Garam dan perasa
Bahan2
500 gm Telur sotong
Segenggam Cili mesin
1 labu bawang besar...
Air asam jawa
Garam dan perasa
Cara-cara
1- Panaskan minyak. Masukkan separuh bawang besar masak hingga layu
2- Masukkan cili mesin. Tumis sehingga pecah minyak
3- Masukkan telur sotong. Gaul rata
4- Masukkan air asam jawa, garam dan gula.. Atau sebarang perasa yg korang suka la.. Terpulang ek
5- Lastly masukkan bawang besar yg dihiris.
6- Siap dan angkat
kredit kepada Dapur Aida... marvellous!!!
jom order telur sotong kami hubungi 0132647139 - zack dan 0142937415 -(ira)

Mungkin ramai di antara kita adalah peminat telur sotong. Telur sotong tidak bercengkerang dan mempunyai tekstur yang lembut. Telur sotong mengandungi kandungan air yang menyebabkan ia agak lembik pada peringkat awal kematangan telur. Oleh sebab itu telur sotong mudah pecah dan berkecai.
Pada kebiasaannya, telur sotong berwarna putih susu pada peringkat awal, berbiji-biji putih di peringkat separa matang dan berbiji-biji gelap pada fasa akhir sebelum penetasan berlaku. Ketika fasa akhir, anak sotong yang kecil boleh dilihat bergerak-gerak di dalam biji-biji telur berkenaan.
Ketika telur sotong berada di dalam tiub badan, bentuk telur akan dikekalkan oleh badan sotong. Bentuk telur sotong adalah berbeza mengikut spesies. Ada yang berbentuk memanjang, bulat, dan bentuk tidak sekata.
Sotong memillih tempat yang berbeza-beza untuk bertelur mengikut spesies. Sotong Torak, jejarum, ketupat, dan mabang memilih lokasi cetek yang boleh ditembusi oleh cahaya matahari bagi membantu proses penetasan telur. Selalunya sotong jenis ini bertelur secara kumpulan besar dan setempat. Sotong kurita pula bertelur di kawasan tersorok dan biasanya bertelur secara sendiri atau kumpulan yang kecil.
Proses dimulai dengan ritual mengawan yang melibatkan kumpulan sotong. Dari pembacaan saudara penulis, sotong bukan jenis haiwan monogami tetapi pemilihan pasangannya adalah rawak dan sukar ditentukan. Beberapa spesies sotong seperti sotong mabang akan berlawan bagi merebut seekor sotong betina. Ada juga sotong bersaiz lebih kecil mengambil kesempatan mengawan dengan sotong betina ketika jantan yang lebih besar sedang mengancam antara satu sama lain.
Pengalaman penulis menunjukkan bahawa sotong yang sedang mengawan tidak begitu berminat untuk memakan pancing candat jenis jid udang. Sotong yang sedang mengandung telur pula lebih berminat untuk menyambar jig begitu juga sotong yang telah bertelur. Menurut penulis, beliau tidak dapat memastikan adakah sotong yang sedang bertelur mempunyai minat untuk menarik jig.
Ketika proses ritual mengawan, semasa bertelur atau dengan kata lain ketika sotong berkumpul dalam kumpulan yang banyak, berlaku kecederungan untuk sotong mencederakan sesama sendiri terutamanya bagi spesies sotong jarum, cumi-cumi dan torak.
Sotong torak dan mabang yang begitu popular di Terengganu bertelur dalam kumpulan yang besar. Lokasi telur berkenaan dikenali sebagai "kandang" oleh masyarakat setempat. Jika di kawasan laut lepas terdapat banyak "kandang" sotong yang perlu dicari pemancing. Setiap tahun lokasi "kandang" akan berubah-ubah mengikut lokasi pasir yang terbentuk di tengah laut. Kemahiran tekong mencari "kandang" tentunya akan membuahkan hasil yang lumayan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat berkumpulnya beribu-ribu sotong. (Cara-cara mencari "kandang" telah Abe Din bincangkan di dalam post sebelum ini)
Sotong yang mempunyai telur boleh dikenalpasti dengan melihat bahagian abdomennya yang nampak sedikit membengkak dan mengeras. Telur sotong memang sedap... setakat ini belum ada yang palsu macam telur ayam tu...kih.kih. Jika anda mempunyai stok telur sotong yang banyak tentunya pelbagai resepi boleh direka dan dicuba.
Telur sotong selalunya agak lembik dan mudah pecah. Keadaan ini akan menyukarkan kita untuk mencuci bahagian dalam badan sotong. Satu cara yang boleh dipraktikan ialah dengan menyimpan sotong di dalam peti sejuk. Selepas dibekukan sedikit, proses mengeluarkan telur, membuang dakwat dan mencuci akan menjadi lebih mudah.
Telur sotong boleh dimasak secara berasingan atau dibiarkan berada di dalam badan sotong. Jangan buang telur sotong... rugi... kerana sotong tidak bertelur sepanjang masa. Kita jarang melihat sotong yang dijual mempunyai telur. Tidak mustahil jika dikatakan sotong bertelur setahun sekali bergantung kepada spesies.
kredit kepada penulis blogger Abe Din
Moral of the story, rugi jika anda tak try telur sotong ni... hihihi

Subscribe to:
Posts (Atom)